PENGENALAN

Matlamat Penganjuran adalah Memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasisiwi kepentingan mencintai alam sekitar dalam membantu menyelamatkan bumi .

Friday, March 13, 2009

Berita : Bahaya Politerin Terhadap Alam Sekitar

Sudah Tiba Masa Polisterin Diharamkan

S. M. Mohamed Idris | Tuesday, 17 February 2009

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang khasnya serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar amnya terhadap penggunaan bekas makanan dan cawan polisterin sewaktu sambutan Thaipusam di kedua-dua negeri berkenaan.

CAP telah menjalankan satu tinjauan dan pengumpulan data secara rambang di kedua-dua negeri berkenaan yang pada amnya menjadi tumpuan terbesar penganut agama Hindu dan pelancong luar negara sewaktu sambutan Thaipusam.

Tinjauan dan pengumpulan data ini dibuat bagi mendapatkan satu gambaran secara kasar terhadap bilangan penggunaan bekas makanan dan cawan polistiren ini.
Hasilnya amat mengejutkan apabila di Selangor pihak kami dapat menganggarkan sebanyak 630, 000 bekas makanan dan cawan polistiren digunakan berbanding di Pulau Pinang sebanyak 347, 000 digunakan.

Pengumpulan data yang dibuat daripada satu khemah ke satu khemah selama dua hari ini turut membabitkan pengedaran makanan percuma dalam bekas makanan polistiren yang mencecah 40, 000 pada satu-satu masa.

Data ini belum lagi mengambil kira sambutan Thaipusam di negeri-negeri lain seperti Kedah, Johor mahupun Perak.

CAP amat memandang serius akan bilangan penggunaan polistiren yang mencecah angka satu juta dalam masa dua hari saja.

Walaupun terdapat dakwaan bahawa misalnya polistiren ini masih boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang tidak membahayakan persekitaran namun hingga kini tiada fakta saintifik untuk menyokongnya.

Pertubuhan alam sekitar antarabangsa, Californians Against Waste misalnya mengklasifikasikan polistiren ini sebagai ancaman masa depan yang mampu mewujudkan revolusi hijau yang menganggu gugat elemen pembangunan mapan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institute for Energy and Environmental Research (IEER) pada tahun 1992, polisterin yang dihasilkan dengan menggunakan HCFC-22 berkeupayaan mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.

Malah Foundation for Advancements in Science and Education (FASE) pula menyatakan bahawa styrene, komponen utama dalam polistiren ini berpotensi untuk bercampur dengan makanan panas yang dimasukkan ke dalam bekas makanan polistiren.

Malah Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menyenaraikan polistiren sebagai bahan buangan yang ke lima paling bahaya untuk persekitaran serta mengancam sumber semulajadi.

Sehubungan dengan itu, CAP menggesa semua pihak di semua negeri untuk memainkan peranan penting dalam menghentikan penggunaan polistiren ini, bukan sahaja sewaktu sambutan Thaipusam tetapi juga untuk semua majlis dan sambutan rasmi.

Apa yang berlaku di dua negeri berkenaan adalah sesuatu yang amat dikesali sedangkan semua pihak mampu memainkan peranan dalam menggunakan bekas makanan dan cawan yang boleh di kitar semula seperti daun pisang ataupun seperti yang dipelopori oleh Universiti Sains Malaysia yang menggunakan bekas makanan mesra alam.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga perlu agresif dalam merangka satu mekanisma dalam mengurangkan bekas makanan dan cawan polistiren di majlis-majlis rasmi kerajaan termasuk sewaktu sambutan perayaan peringkat kebangsaan.

Selagi satu usaha agresif tidak dipraktikkan dalam menyahkan penggunaan polistiren maka adalah sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan anjakan paradigma dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

Sembang-sembang Tentang Bahaya Penggunaan Polisterin Sebagai Bekas Makanan dan Minuman

[sim] INFO : Bahaya penggunaan pembungkus makanan polisterin

Aisyah Abdullah
Fri, 06 Jun 2008 08:47:15 -0700

Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi dgn sahabat-sahabat SIM...baru-baru ini saya ada buat research mengenai isu kitar semula..Apa yang ingin dikongsi adalah bahaya penggunaan pembungkus polisterin..sahabat-sahabat bayangkan...bagaimana proses pembuatan politerin tersebut? menurut volunteer yang menjalankan aktiviti kitar semula..ia mengatakan polisterin diperbuat daripada plastik yang keras spt cover kaset tu kmdn dibentuk mnjadi polisterin dimana ia sangat rapuh,warnanya putih cerah...Apakah chemical yang digunakan??...memang sangat terkesan dalam diri saya...jadi saya ingin mengajak sahabat-sahabat sim..jom kita pakat-pakat berubah,,


Antara alternatif yang kita boleh buat adalah...


1. bawa makanan sendiri dari rumah

2. bawa bekas makanan sendiri yang dijamin tidak memudaratkan (yang mahal sikit la dan boleh tahan lama) untuk bungkus makanan dari kedai..untung-untung dapat murah..

3. order makanan yang tidak menggunakan polisterin...


Artikel di bawah ini..adalah fakta-fakta bahaya penggunaan pembungkus makanan..

26 September, 2007


Botol Barah

at 11:17 PM


Kecenderungan penduduk negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut. Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti 'vinyl cloride monomer' (VCM) dan 'phthalates'. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.


Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

"Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai 'plastisizer' iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman," katanya.


"Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.


"Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg /kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan," katanya.


Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan 'phthalates'. Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.


"Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

"Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah," katanya.


Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.


"Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan," katanya.


Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).


Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.


"Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang," katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.


Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.


"Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.


"Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

"Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan," katanya.


Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.


"Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

"Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan," katanya.


Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.


"Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.


"Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus," katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.

Wednesday, March 11, 2009

STATISTIK PENGGUNAAN POLISTERIN

Objektif utama statistik penggunaan polisterin ini dibuat adalah bertujuan untuk:

Membawa kesedaran untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan berbahaya kepada Bumi dan manusia, seperti polisterin dan plastik.

Selain itu, bertujuan supaya mengurangkan atupun menghentikan penggunaan bekas yang diperbuat daripada polisterin ataupun plastik.

Bahkan ia juga adalah untuk menyemai nilai-nilai murni seperti Kitar Semula, penggunaan semula dan mengurangkan pencemaran.

Banyak fakta yang kita tidak tahu mengenai penggunaan polisterin dalam kehidupan kita sehari-harian. Malah kita juga turut memandang enteng tentang bahaya yang mungkin akan timbul, ekoran daripada penggunaan polisterin dalam kehidupan kita pada masa yang akan datang. Penggunaan polisterin mengikut perangkaan perdagangan yang di ambil dari tahun 2005 sehingga tahun 2007 berdasarkan carta eksport-import adalah sebagimana yang berikut :

Selain itu, kita mestilah melihat perbandingan umur remaja yang menggunakan polisterin sama ada ia digunakan di kantin ataupun restoran. Perbandingan yang dikaji merangkumi kanak-kanak yang berusia 8 tahun hingga remaja yang berusia 17 tahun dan remaja berusia 18 tahun hingga orang dewasa yang berusia 25 tahun. Mengikut jadual di bawah, mereka yang berusia di antara 8 hingga 17 tahun diwakili oleh penunjuk yang berwarna hijau, manakala bagi mereka yang berusia di antara 18 hingga 25 tahun pula menggunakan penunjuk yang berwarna kuning. Antara barangan yang sering digunakan oleh remaja ini ialah, bekas plastik, cawan plastik, polisterin, plastik beg, gelas, dan bekas seramik. Dapat dilihat dengan jelas bahawa kita yang berusia di antara 18 hingga 25 tahun, membungkus dengan menggunakan polisterin secara meluas.

Menurut kajian yang dibuat ke atas rakyat Malaysia, secara puratanya rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 18000 tan sisa pepejal setiap hari. Manakala 8 juta sisa pepejal pula perlu dihapuskan pada setiap tahun. Daripada kajian tersebut, negara kita menghasilkan sisa pepejal kira-kira setinggi menara KLCC setiap tiga hari.

Daripada keseluruhan sisa pepejal yang dihasilkan oleh manusia, hanya 5% sahaja sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan 95% pula perlu dilupuskan. Sebenarnya nilai ini lebih rendah jika dibandingkan dengan negara Eropah, di mana proses kitar semula mereka adalah di antara 30% hingga 40%. Hal ini demikian kerana manusia menghasilkan kira-kira 9.7 tan Karbon Dioksida setiap tahun, tetapi pokok hanya mengeluarkan kira-kira 20 kilogram oksigen setiap tahun. Oleh itu, manusia digalakkan menanam sekurang-kurangnya 456 batang pokok setiap seorang bagi menyerap karbon dioksida untuk kesejahteraan diri sendiri.

Sebagai pelajar universiti yang dikatakan sebagai golongan yang intelektual, cuba kita bayangkan sisa polisterin yang dianggar terhasil setiap hari di dalam sesuatu universiti khususnya di Universiti Malaya ini:

Jumlah bilangan pelajar ijazah dasar: 17,000 orang

Jumlah bilangan pelajar ijazah dan ijazah tinggi: 10,000 orang

(Nota: Maklumat bilangan pelajar dalam sesi 2008/2009 didapati daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya.)

Katakan bahawa secara purata, jika setiap pelajar membungkus makanan sekali sehari, sisa polisterin yang akan terhasil ialah:

17,000 + 10,000 = 27,000 sisa polisterin SEHARI

Diingatkan juga bahawa sisa polisterin yang dianggarkan terhasil adalah setakat golongan pelajar sahaja tanpa mengira pihak lain (bukan pelajar) yang terdapat di dalam universiti ini.

Sebagai salah seorang mahasiswa ataupun mahasiswi, kita haruslah mengambil langkah yang bijak dalam memastikan penggunaan polisterin di dalam kehidupan kita sehari-harian dapat dikurangkan ataupun dapat dihentikan dengan segera. Hal ini demikian kerana penggunaan bekas yang diperbuat daripada polisterin boleh membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia serta persekitarannya. Sebelum keburukan polisterin itu memudaratkan, lebih baik kita mempraktikkan amalan membungkus makanan tanpa menggunakan polisterin dalam kehidupan seharian kita dan membawa bekas makanan sendiri untuk tujuan membungkus atau menggunakan bekas makanan yang boleh dikitarkan semula.



KEBURUKAN PENGGUNAAN POLISTERIN

Ø  Bahan pembungkus polisterin mengandungi bahan unsur karsinogen yang

boleh
mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan.
Ø  Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan
2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.
Ø  Bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan

kemudian ke dalam tubuh manusia.
Ø  Stirena adalah mutagen yang menyebabkan perubahan genetik yang berpotensi

merosakkan sistem pembiakan.
Ø  Pendedahan kepada stirena juga merendahkan bilangan sel darah merah.
Ø  Mengalami gangguan haid. 
Ø  Mengandungi bahan kimia stirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam

sekitar kerana sukar terurai dan mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan
secara alam semulajadi.
 
Alternatif lain:

1. Bawa bekas makanan sendiri yang dijamin tidak memudaratkan untuk membungkus makanan dari kedai.

2. Menggalakkan gerai-gerai makanan untuk membekalkan atau menggunakan bekas makanan yang boleh dikitarkan semula bagi tujuan membungkus.